|
PANDANGAN BERJIHAD OLEH WEBMASTER "Yang pasti 'jihad' adalah anjuran Allah, anjuran agama Islam yang maha suci perlu dilaksanakan bersesuaian dengan tempat dan masa, tidak dilakukan secara keganasan dan sembrono. Jihad adalah perkataan mulia dan merupakan satu ibadah, bukan keganasan militan sebagaimana tafsiran kerajaan BN dan PDRM." ".. perkembangan jihad di Malaysia memang satu ancaman kepada puak sekular dan anti Islam. Memang ramai umat Islam di negara ini yang sedar akan keperluan berjihad namun satu perkara harus diingat bahawa jihad bukan sekadar mengangkat senjata membunuh jiwa. Jihad sudah dimulakan apabila kaki membawa diri kita hadir dalam satu majlis agama atau memulakan pena menulis sesuatu bagi membakar semangat di jiwa." " Jihad di Malaysia dalam peringkat sederhana dan sudah ramai melaksanakannya dengan cara bijaksana. Harta dan wang ringgit sudah dikorbankan dalam proses jihad yang mulia. Ingin di hati membanteras kezaliman dan ketidakadilan, sudah cukup memulakan satu niat berjihad seorang manusia." " Apa lagi yang ditunggu wahai rakyat Malaysia, berjihadlah anda mengikut kemampuan diri. Berjihadlah menyahut seruan Ilahi biar memulakannya dengan RM1 untuk diisi dalam tabung ceramah atau dana pilihan raya. Mulakan jihad dengan niat yang betul iaitu demi Allah dan Rasul untuk menegakkan kalimah Allah dan untuk melihat tertegaknya Islam di bumi Malaysia tercinta. Takbir!!" ~webmaster
|
|
|
Alamatkan informasi dan artikel anda kepada mindarakyat@hotmail.com
|
TABUNG MANGSA KEZALIMAN ISA |
|
|
Link asal: http://www.geocities.com/mindarakyat//
Mirror site: http://flying.to/mr |

Artikel dan
berita terkini
Kenyataan media: Dividen terburuk KWSP perlu ada pertanggungjawaban
Ketari: Pembangkang hars merencana menjadikan BN papa kedana
Skandal Perwaja: Mahathir mesti letak jawatan!! /versi Inggeris
Minda webmaster: Memahami erti 'pengganas' tafsiran Nik Aziz
Kenyataan akhbar: Salahlaku dalam MAS, siasat yang memberi arahan
Rakyat mahu media bebas dari kongkongan BN serta komen webmaster
|
LINK-LINK PILIHAN |
NOTIS:
Minda Rakyat bukan laman rasmi PAS. Ia wujud setelah melihat aktiviti menghina dan
memperlekehkan Islam
serta hukum Allah berleluasa di sana sini. Menentang kezaliman bukan hanya
tanggungjawab PAS
atau ahlinya, tetapi juga anda seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya
* * * * * *
Sebarang penyiaran semula artikel yang disiarkan oleh laman ini hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat keizinan webmaster atau menuliskan urlnya dengan jelas~webmaster
|